26 November 2010

i know my dear

Dulu seawal pengenalan kita , sayalah orang pertama yang akan awak cari . Dulu , awak selalu ada waktu untuk bersama saya . Walau awak sibuk sekalipun , Awak tetap akan ada waktu untuk saya , kejap pun mesti ada . Dulu awak selalu call saya , mesej saya . kalau saya tak balas mesej awak mesti gelisah cari saya . Dulu masa kita bergaduh , awak selalu pujuk saya , tak pernah berkasar dengan saya . lembutnya bahasa awak . Dulu awak selalu cakap yang awak sayang saya sangat sangat , Selalu awak luahkan yang awak rindukan saya . Dulu awak buat segala galanya untuk saya , sehinggakan saya jatuh hati dengan awak , kasih sayang saya hanya untuk awak .Demi sayangnya saya dekat awak , saya tolak cinta orang lain . Saya mengadu semua masalah saya dengan awak , sbb awak dah sebahagian dari hidup saya . pentingnya awak dalam hidup saya . Setiap masa saya akan jaga hati dan perasaan awak . Saya tak nak awak terluka dgn sikap dan kesalahan saya .

Kini , setelah saya buat segala galanya untuk awak . Awak sia sia kan saya , awak abaikan perasaan saya . tak hirau bila saya menagis sebab awak . Kenapa awak ? Awak dah jarang call saya , mesej pun tak ! awak kata awak busy tapi awak online boleh pulak . kenapa awak tipu saya ? pernah ke saya tipu awak ? Tiap kali kita gaduh , awak lari dari masalah . Awak buat salah awak salahkan saya balik , bukan nak mintak maaf pun . terlukanya hati saya . Awak dah tak jujur dengan saya . ni ke orang yang saya mula kenal dulu ? Bila saya sayang sangat dekat awak , awak buat tak tahu je dengan saya . Awak cakap awak sayang dekat saya . tapi kenapa awak buat macam ni ?

Awak tahu tak , saya tak pernah menduakan kasih dan cinta awak . Berkali kali awak lukai hati saya dan berkali kali juga air mata saya menitis kerana awak . Tapi awak tak pernah memahami ! Walaupun awak selalu sakitkan hati saya , menipu saya . saya tetap maafkan awak . Kasih sayang saya pada awak akan selalu memaafkan awak . Kasih sayang dan cinta ini tak akan pernah terhapus , malah sentiasa berharap agar suatu hari nanti awak akan sedar . Awak dengarkanlahh , Fahamilah sayang saya untuk awak terlalu ikhlas .

' Hargailah orang yang menyanyangi kita sebelum ia pergi buat SELAMA - LAMANYA '

No comments:

Post a Comment